AkuDiaDanKenangan

Isnin, 15 Oktober 2012

Aku Dan Camera

Assalamualaikum .
Kepada pembaca semua harinie 
ciksiput nak kongsikan 
minat ciksiput dengan korang semua .

Mungkin korang ada minat tersendirikan ?
Dan mungkin minat korang tak sama 
dengan minat ciksiput .
Separuh orang minat dorang 
suka berbasikal ,
shopping 
dan macam-macam .
Tapi ciksiput pulak suka 
bergambar .
Pantang nampak camera sikit 
tak kira lah camera murah ke , mahal ke , camera hp
(Nielah dia BFF ciksiput)

mesti ciksiput akan
berpozing lebih . hihi
Ciksiput dengan camera dah jadi BFF .
kemana saja ciksiput nak pergi 
pasti akan bergambar terlebih dahulu .
tak akan lengkap kalau ciksiput tak ambik 
gambar kalau nak kemana-mana .
Tapi kadang-kadang tuh malu juga 
lah ciksiput nie nak ambik gambar
kat tempat awam , 
yela ciksiput kalau ambik gambar 
mesti nak poss so 
poss ciksiput nie kadang-kadang 
terlebih over , so takut 
ada yang melihat TERGODA pulak .
opppppsssssss bahaya nok !
adik beradik ciksiput pun
dah faham sangat 
dengan minat ciksiput .
nasib baik juga lah ciksiput 
dapat pasangan yang suka 
mengambil gambar .
Tapi dia tak suka bergambar ! 
Tak apalah janji dia ambik 
gambar ciksiput pun dah cukup . +_+


Sejarah Hari Raya Haji


Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yanmampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari    segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepadaperintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13Zulhijah.Merenung kembali jejak-jejak sirah para nabi, perayaan ini lebih sinonim dengan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.Catatan sirah kedua2 nabi ini menjadi satu inspirasi kepada jutaan umat islam kearah rasa taqwa kepada Allah S.W.T tnpa berbelah bagi.Malah ia menjadi gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang hamba kepada Tuhannya, seorang suami kepada isterinya, dah kasih ibu kepada anaknya.Terdapat tiga peristiwa penting yang boleh dikutip dalam catatan sirah ini:Pertama kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim agar meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus.

Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat islam menunaikan ru
kun islam yang ke lima, Mekah atau dahulunya dikenali sebagai Bakkah.Peristiwa kedua ialah ujian ke atas Nabi Ibrahim a.s agar menyembelih anakya Nabi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan seekor kambing biri-biri sebagai ganti kepada anaknya.

Peristiwa ini menunjukkan betapa patuhnya Nabi Ismail a.s memenuhi perintah Allah S.W.T keatas dirinya tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga,
Nabi Ismail a.s berkata, ' Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyallah kamu akan mendapatiku termasuk dalam orang-orang yang sabar.' (Ash-Shafaat:102)Peristiwa ketiga ialah pembinaan semula kaabah oleh kedua-dua nabi Allah yang mulia ini.' Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat.'Alhamdulillah sekarang dah tahu serba sedikit sejarah Hari Raya Idul Adha ni en.. Smoga selepas ini kite lebih menghayati hari bersejarah ini dan mengambil pengajaran dan tauladan dari sejarah para nabi.Wallahualam...


Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Cara Berjalan

Tahukah anda yang sikap wanita yang selalunya sukar dibaca boleh diketahui hanya dengan mengetahui cara mereka berjalan? Jom!

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan | Kalau sebelum ni, kita boleh tahu sikap seorang wanita tu hanya dengan melihat cara dia tidur dengan bantal (LINK), kali ni kita boleh tahu pula sikap wanita dengan melihat cara mereka berjalan pula. Wanita merupakan suatu ciptaan yang kompleks dan untuk mengenali wanita kita perlu melihat dari pelbagai sudut. Walaupun banyak tips dan petua untuk mengenal wanita dari yang paling senang hendak ditafsir hinggalah kepada yang rumit. Berikut merupakan salah satu panduan dalam mengenali wanita. Yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kaum lelaki terutamanya ketika mencari calon isteri (Nota tambahan:Petua Mencari Jodoh Ustaz Azhar Idrus (LINK)).





1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalauwanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Jejalan with family

Harinie ciksiput berada diputrajaya .
Da alang-alang ke sini ciksiput tak bole
buang masa dengan duduk di rumah saja ,
bosan sungguh lagi-lagi duduk rumah atas macam nie 
memang bosan juga lak .
Aktiviti harinie ciksiput nak penuhkan dengan 
berjalan meronda bandar KL bersama my parent and my sister .
Seperti kebiasaannya sebelum keluar kemana-mana
ciksiput akan bersama dengan BFF ciksiput .
apa lagi pozing cute la jawabnya . hihi

Haa , nielah dia gayanya . simple aje !
pozing tak maut la harinie .
tapi tetap cute . (terperasan pulak . hihi)
Setelah selesai bersama BFF ciksiput di atas 
ciksiput masih tidak puas untuk bersamanya 
di bawah pulak .
maklum lah suasana rumah my sister nie
memang menarik jika di waktu pagi .
so apa lagi ciksiput berpozing sakan la 
sebelum gerak meronda bandar KL .


Nielah dia ciksiput kalau pembaca 
semua nak tahu .
kemana saja ciksiput mahu pergi atau pergi 
pasti berpozing terlebih utama .
ciksiput dengan camera memang begini ! +_+
(maaf gambar jejalan kl bersama family tak dapat nak di updatekan 
serta gambar my mum and my sis juga tak dapat
ciksiput nak update didalam nie . kesulitan amatlah 
ciksiput kesali)


Ahad, 14 Oktober 2012

Tak mahu berpisah ! +_+

Assalamualaikum .
Harinie ciksiput kena hantar 
mr boroi balik ke KL ,
maklumlah da 3 hari mr boroi berada disini
so tiba sudah masa perpisahan kami harinie .
Lepas jumaat nanti ciksiput dah boleh gerak 
ke KL bersama mr boroi .
waduhh-waduhh rasanya macam taknak saje 
bagi mr boroi balik KL lagi , 
masih tidak puas bersama dia .
begitu sekejap rasanya masa nie saat kami bersama .
Dengki betol la ! wahaha
tak mengapalah , andai 
ada jodoh kami insyallh
24jam kami dapat bersama .
harap-harap tuhan mengizinkan kami untuk bersama !
(tak sabar nak tunggu masanya . hihi)
Tapi nak buat masa manakan ? 
nak taknak kami terpaksa berpisah 
demi kebaikan bersama .
Sekarang tiba masanya 
yang sesuai untuk ciksiput gerak ke KL ,
berat dehh hati nie nak menghantarnya pulang .
Dalam keterpaksaan ciksiput pun gerak ke KL , dalam senyuman terpaksa . :(
Sedihnya rasa ... ;(
Perjalanan ke KL mengambil masa 2jam lebih .
Kami pun singgah berehat di tempat rehat ulu bendul .
Dalam masa kami berehat disitu ,
sempat lagi kami berpozing 







Tercipta lah kenangan bersama kami disini .
Indahnya detik-detik bersama , dimana-mana
sahaja kami akan tetap begini .
selamanya !
Ciksiput dengan camera tak dapat dipisahkan 
dah jadi sebahagian dari hidup ciksiput .
dapat pula pasangan yang suka mengambil gambar ,
memang sesuai sesangat ! 
Setelah 1jam kami disitu 
Kami pun bergerak ke destinasi yang
ingin dituju .
Setelah lama didalam kereta
akhirnya sampai sudah destinasinya ,
alhamdllh .
perkara pertama yang ciksiput kena lakukan
adalah menghantar mr boroi balik ke tempat kerjanya , 
waduhh jangannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn !
itu lah yang sedang dijeritkan oleh hati kecil 
ciksiput ketika sampai di tempat kerjanya .
tak sanggup rasanya untuk berpisah dengannya .
tapi apakan daya ciksiput 
hanya dapat memandang dan memberi senyuman 
terpaksa ketika itu .
Ya allah kau lindungilah dia , permudahkanlah segala urusannya dan
murahkanlah rezeki kami 
agar kami dapat mendirikan masjid dengan 
secepat yang mungkin .
Agar kami dapat menikmati kebahagiaan 
seperti manusia lain dan agar kami tidak terpisah lagi .
Itu saja lah yang dapat ciksiput lakukan
untuk memujuk hati yang sedang sedih ! ;(;(;(


Saat Indah Bersama Si Dia

assalamualaikum .
sudah lama rasanya 
tak berceloteh kat sini .
harinie ciksiput nak kongsikan 
saat dinner ciksiput bersama mr boroi .
Saat yang paling ciksiput 
nantikan makan malam bersama tunang tersayang .
memang semua itu tak dirancang dari awal-awal
kebetulan harituh ciksiput berada 
di putrajaya 
dah dekat sangat dengan mr boroi
so ape lagi lebih afdal kalau
ajak mr boroi dinner bersama .
Dah lama tak g dinner bersama dia .
pehh best gila rasa time nie , seronok ?
jangan cakap r .
perempuan mana yang tak 
seronokkan dapat makan malam dengan 
tunang sendiri , nak-nak pulak dah duduk jauh 
macam kami nie memang rindu 
saat macam nie .
So ciksiput pun kuarkan 
ideal malam tuh 
dengan ajak mr boroi dinner .
kebetulan pulak mr boroi 
pernah janji nak bawak ciksiput 
makan nasi arab kat cyberjaya
so dah dekat sangat nie 
apa salahnya kan ?
Lepas saja mr boroi selesai 
kerja dia terus datang ambik
ciksiput dirumah .
sementara nak menunggu mr boroi smpai ciksiput 
bersiap-siapkan diri 
dengan chantek la .
maklum lah ciksiput dengan makeup
nie dah macam BFF .
kemana saja pergi mesti ada dia
tak kiralah ke pasar atau ke kedai topup .
Setiba saja di restoran nasi arab 
kami pun keluar dari perut kereta
wahh rasa bangga kot
berjalan disebelah mr boroi 
yang segak nie 
kami dah jadi tontonan 
pada tetamu yang 
sedang menjamu selera di restoran itu .
aduhhh , malu pulak rasa ciksiput 
apabila di pandang macam tuh sekali ,
dah rasa macam berjalan di hero malaya . hihi^_^
rasa macam diri nie hebat sangat , wahh bangga diri pulak !
kebetulan pulak di restoran tuh 
tetamunya kebanyakkannya tetamu dari 
luar negara berbanding tetamu dalam negara .
aduhh rasa tak selesa pun ada tapi
nasib baik lah mr boroi mengambik tempat 
didalam restoran untuk menjamu selera
jadi tak lah rasa kureng selera tuh !
Lepas siap sahaja kami memesan makanan 
sempat kami berpozing disitu 
sambil menunggu makan yang dipesan 
sampai . 
wahhh romantik pulak kami disitu .
sungguh romantik sekali .
aduhh sweet gila ahh ! hihi
al-maklumlah duduk 
dengan semuanya orang berkulit putih
hanya kami saja yang berkulit coklat 
so nampak ketara lah kami sedang bahagia dan 
amat-amat romantik .
so sweet !
setelah lama kami berpozing 
akhirnya pesanan kami 
siap , tunggu kami mengadapnya .
pehh sedap gila lah nampak makanannya .
belum makan dah nampak sedap , 
apata lagi dah makan kn ?
tapi makanannya memang sedapppppppppp sesangat .
Lama juga kami menjamu selera disitu berdua .
alhamdullih , kenyang sungguh rasanya menikmati hidangan tadi .
(maaflah gambar sudah terdelete so tak dapat nak update gambar kat dalam nie)

Setelah lama kami disitu
akhirnya tiba masa untuk kami
pulang sebab dah terlalu lewat .
kami pun berjalan keluar dari restoran 
nasi arab dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan .
disitu terpahat dan tergambar wajah 
keceriaan , kebahagiaan dan kegembiraan diwajah kami .
rasa begitu bahagia kami saat bersama .
Ya allah sungguh aku bersyukur 
di atas kurniaan tuhan memberi insan yang 
begitu baik .
terima kasih ya allah kerana kau berikan 
aku kebahagiaan disepanjang kehidupan aku
setelah aku mengenali mr boroiku dan setelah 
separuh nyawa aku mengadap 
ujian dan dugaan darinya .
Inilah ertinya kehidupan yang aku tempuhi selama ini 
dan benarlah kata-kata orang tua-tua 
biarlah hidup kita bersusah payah dahulu kerana 
disitu tuhan telah menjanjikan
kebahagiaan untuk kita . (^_^)