AkuDiaDanKenangan

Jumaat, 22 Februari 2013

Abah Aku rindu padamu

22 Februari , 3bulan sudah pemergian arwah abahku . 
Setiap Detik waktu aku selalu rindukan dia , 
aku selalu ternanti-nanti kelibatnya seperti dahulu .
Aku tertunggu senyuman , gelak tawa dan gurauannya 
seperti dahulu .
Seandainya ajal maut
jodoh pertemuan ni ditentukan oleh manusia 
aku akan halang mereka dari mengambil 
nyawanya .
Tapi apakan daya semua ini kerja yang MAHA ESA 
nak tau tak aku kena terima . 
Walaupun pahit untuk dilalui sepanjang hayat aku .
Aku sunyi hidup tanpa dia  .
Sejak aku kehilangan dia kehidupan aku
seperti terpaksa meneruskan kehidupan ini .
Ya allah berdosakah aku sebagai hanbamu 
menolak hakikat yang sebenar ?
Berdosakah aku ?
Kalau aku ada kuasa untuk memutarkan putaran dunia 
rasa taknak ada raya tahun ni .
Biarlah tahun-tahun seterusnya aku hidup tanpa ada raya .
Tak sanggup bagi aku untuk aku tempuhi 
pagi raya tanpa arwah abah disisi .
Tak mampu aku nak lalui sepanjang hari raya 
itu tanpa dia .
Aku rasa sejak kehilangannya 
apa yang aku lalui ,
yang aku lakukan 
begitu terseksa .
Mungkin bagi orang lain ternanti-nanti hari mulia
dipagi hari raya 
tapi bagi aku biarlah , biar
semakin jauh hari mulia itu dari dalam hidup aku .
Kerana semakin aku tunggu detiknya tiba semakin terdera 
hati ni .
Rasa tak tahu nak mulakan , nak tempuhi hari mulia itu macam mana .
Kalau boleh aku rasa nak hidup dalam tangisan tangisan dan 
terus dengan tangisan .
Tapi walau selaut pun air mata 
dia tak mungkin kembali lagi .
Rasanya biarlah aku  hidup gila dari normal 
macam ni .
Aku rela hilang ingatan dari aku terkenangankan 
semua kenangan bersamanya ! 
Hebat sungguh ujian tuhan berikan .
Sampai sudah tidak sanggup lagi untuk aku kehilangan orang-orang 
yang aku sayangi .
Ya allah cukuplah dengan apa yang kau berikan , cukuplah
sesungguhnya hanbamu ini sudah tidak sanggup lagi 
untuk menerima semua ujian yang kau berikan .
Cukuplah kau tarik orang-orang yang aku sayang selama 3tahun ini .
Aku sudah tidak setabah , sekuat dahulu .
Berhentilah menguji aku ! 
Berhentilah ya allah .

Nilah dia Bodyguard aku













Hari ini 21 Februari 2013 , dah genap 3 tahun hubungan yang aku bina bersama encik tunang tersayang .
Sudah pelbagai ujian dan dugaan yang telah aku tempuhi sepanjang mengenali dirinya . 
Semua yang ada dalam diri dia , perangai dia dan sikap dia sudah pun dapat aku baca .
Tidak kiralah dalam apa jua keadaan yang dia alami pasti dapat aku teka .
Bukan senang nak memahami dan membaca sikap seseorang lelaki ni , kadang-kadang 
memakan masa yang agak lama . kadang-kadang ade yang sesetengah lelaki ni cepat menunjukkan 
sikap sebenar mereka . Tapi alhamdulillah encik tunang aku ni bukan seorang yang suka mengambil kesempatan . Sepanjang perkenalan kami dia tidak pernah sesekali meninggi suara , menaikkan tangan dan mengeluh dengan sikap dan perangai aku . Aku bersyukur sangat sebab tuhan ketemukan aku dengan insan seperti dia . Walaupun dari pandangan kasar mata sesetengah pihak atau orang sekeliling aku banyak yang mengatakan aku dengan dia tidak sepadan . Haa tak sepadan ? Kadang-kadang tu aku sendiri tanya pada mereka-mereka yang mengatakan macam tu pada aku , dorang cakap sebab encik tunang aku ni orangnye tinggi , tinggi sesangat , 1 pekara lagi dia ni umurnya jauh jaraknya dari aku . Tak silap aku jarak umur kami 7tahun . Lagi 1 wajahnya agak mature dari aku . Kadang-kadang tu bila kami berjalan bergandingan orang tak sangka aku ni tunangnya , sebab keadaan fizikal dia jauh lebih berbeza dari aku . Al maklum lah aku ni masih lagi muda dan badan aku pulak terlalu kecil berbanding dia yang mempunyai badan yang agak tegap dan besar sedikit saiznya . Kalau mengikut rakan-rakan yang sebaya dengan aku ramai yang cakap aku ambik "LAKI ORANG" sebab mereka semua lihat luaran ! Tapi bagi aku apa yang orang sekeliling aku katanya itu bukan penghalang . Dan bukan juga sebab cinta itu buta ! Dia tidak pernah membutakan cinta yang dia berikan pada aku . Aku tak pandang dari luaran ataupun fizikalnya tapi yang aku pandang hanyalah kasihsayangnya yang betol-betol ikhlas , dia jujur , dia berani bersemuka dengan kedua ibubapa aku untuk mengambil aku sebagai permaisuri hatinya ( isteri ) . Malah apa yang ada pada diri dia tak ada pada diri lelaki-lelaki yang aku kenal sebelum dia . Yang hanya pandai berjanji sakan tapi 1 janji pun tidak pernah dikotakan . Bezanya seorang lelaki yang betul-betul ikhlas ingin menjaga kita dengan yang hanya mahukan diri kita sebagai permainan mereka ! Yang hanya mahu mengsia-siakan kita . Tapi alhamdulillah selepas saja aku mengenali dirinya dia banyak mengajar aku erti kehidupan , erti kesabaran , erti kejujuran , erti kesetiaan , erti perngorbanan dan erti menghargai . Aku harap tuhan mengizinkan hubungan yang kami bina ini keakhir hayat kami . Dan menghentikan jodoh untuk bertemu dengan sesiapa pun melainkan dirinya . Andai kata ikatan atau hubungan yang kami bina tidak direstui tuhan ( terpisah ) cukup lah hanya bersama dia aku menikmati nikmat hidup berpasangan . Dan aku akan tutup pintu hati ini untuk menerima pasangan dalam hidup aku . Kerana hanya bersama dia aku belajar macam-macam , aku kenal segala-galanya dan tak mungkin ada lagi lelaki seperti dia dalam dunia ini . Kalau ada sekali pun biarlah orang lain yang memiliki dan merasai nikmat kebahagiaan seperti aku . Aku dah tak perlukan lelaki lain lagi dalam hidup aku selain daripada dia , cukuplah atas nikmat yang telah tuhan berikan semasa aku bersama dengannya . Dia lelaki yang begitu sempurna bagi aku , dia lelaki yang terbaik yang sebelum ini tidak pernah aku jumpa . Rasanya tak patut ada pengganti dia dalam hati aku . Dia begitu sabar melayan kerenah aku yang macam kebudak-budakkan , dia seorang lelaki yang penyayangi . Mmemang tinggi darjatnya dalam hati aku ! Memang tinggi sanjungannya dalam hati aku . Kerana kasihsayang aku yakin tidak akan ada belah baginya , tidak akan ada perkongsian . Aku harap Dialah lelaki yang terakhir dalam hidup aku !