AkuDiaDanKenangan

Jumaat, 7 Disember 2012

Terbuku kaku dihati

Abah harinie adik dah kembali kuat ,
adik dah kembali tabah .
Adik dah bole terima kenyataan & hakikatnye
jasad abah sudah tidak ada bersama
adik lagi didunia .
Walaupun abah da pergi tapi adik akan tetap mengingati
abah & abah sentiase berada dalam hati adik
untuk selamanye .
Abah memang pada mulanye sukar untuk adik
terima hakikat yang abah tidak lagi bersama adik
tapi sekarang tuhan dah kembalikan
kekuatan & ketabahan pada adik untuk adik
menerima segala-galanya kemungkinan yang
akan datang .
Adik redha abah pergi
dari abah terus hidup dalam kesengsaraan .
Adik sayangkan abah , adik tidak snggup
melihat abah menderita hidup
didunia .
Adik terima tuhan ambil abah
dalam hidup adik , kerana tuhan lebih
menyayangi abah .
Abah nak tahu ? Dalam hidup adik
abahlah abah yang paling terbaik .
Abah tak ada bandingan , abah tiada galang gantinye .
Abah satu-satunye abah adik .
Adik akan pastikan
tidak akan ada insaan lain yang melainkan abah seorang .
Terima kasih abah walaupun adik hidup bersama
abah selama 19tahun tapi
kasihsayang abah cukup sempurna
pada mata adik .
Abah tak pernah pilih kasih , abah sayang sume anak-anak abah
, abah berikan kasihsayang yang tak ternilai
pada anak abah . Abah tak pernah bandingkan
anak-anak abah semua . Abah didik adik dari kecil sampailah sekarang
dengan cukup kasihsayang , berlayan manja .
Abah berkorban demi nak membesarkan
anak-anak abah , demi memberi sesuap nasi untuk kami ,
untuk sekolahkan kami .
Pengorbanan abah cukup besar buat kami
jasa abah cukup-cukup kami hargai .
Adik ingat lagi sewaktu adik kecil dulu
abah bertungkus lumus
berkerja keras untuk berikan adik sekolah
untuk lihat adik pandai
untuk bagi adik capai cita-cita adik
sehinggakan abah menahan kesakitan
apabila abah dicucuk duri buah kelapa sawit .
Abah kuatkan tenaga , abah menahan badan
memikul buah kelapa sawit
diladang untuk mencari rezeki
nak berikan kami makan , pakai .
Sehinggalah abah pergi bersama
duri yang masih tidak
dapat dikeluarkan
dikaki abah .
Abah seandainya adik berkuasa
seandainye adik boleh lakukan apa-apa
akan adik bantu abah
akan adik bagi kesenangan
pada abah yang selama ini berusaha
untuk besarkan kami 5 beradik .
Abah adik mintak maaf
sebab tak sempat nak mendirikan rumah
tangga sewaktu
hayat abah didunia .
Kini adik terkilan sebab semua janji-janji adik pada
abah tidak sempat
tidak dapat adik kotakan .
Abah kini adik perlu rasanye kuatkan
semangat , tabahkan hati , cekalkan jiwa
& harus belajar bersabar
dengan dugaan yang akan datang .
Mungkin dulu adik ade abah untuk mengadu masalah
mungkin adik tak cakapkan depan abah
tapi adik pasti dengar
masalah yang adik luahkan .
Abah nak tahu tak
dulu bila adik rebah , adik lemah
satu pekara yang boleh buat adik kuat , adik tabah kembali
adalah melihat kewajah suci abah .
Bila adik tengok muka abah
tenang rasa fikiran adik
segala masalah yang adik hadapi
dengan tiba-tiba hilang .
Dengan cara itulah
adik kuat , adik tabah .
Tapi kini wajah suci , wajah bercahaya ketenangan ,
wajah penyayang yang dulu memberikan kekuatan
dalam diri adik kini sudah tiada lagi .
Tapi mungkin abah tidak sukakan lihat
adik terus menangis , meratapi
pemergian abah .
Adik harus belajar berdikari , adik harus
tabahkan diri , kuatkan semangat untuk adik jalani
hari-hari adik & juga untuk mak .
Terima kasih abah sebab abah tinggalkan kami
kesenangan , abah tinggalkan seorang insan
yang berhati mulia ,
yang sempurna , yang baik , solehah & yang
sangat penyabar . Abah adik akan pastikan
adik akan jaga mak dengan sebaik mungkin .
Mungkin adik tidak dapat jaga mak
seperti mana abah jaga tapi adik berjanji
adik akan cuba sedaya upaya lakukannye .
Kini abah tetap adik rindui .
Adik teringin nak jumpa abah walaupun
hanya dalam mimpi .
Abah adik terkilan sebab sewaktu hayat
abah adik tal cukup beri masa untuk
bersama abah .
di saat-saat terakhir
adik tinggalkan abah bersendirian .
Adik mintak maaf abah , adik tidak berniat
untuk biarkan abah sendiri .
Adik tak kuat untuk lihat abah terbujur kaku ,
adik tak sampai hati .
Abah seandainye dapat adik putarkan putaran waktu
adik nak sangat habiskan
masa bersama abah .
Adik nak snagat lihat abah tersenyum
gembiran .
Adik nak snagat buat abah bahagia .
tapi apekan daya adik 
kita menumpang di atas bumi tuhan
dari situ kita datang & disitu kita pulang .
Satu perkara yang adik nak sangat
rasakan ape yang abah rasakan selama ini .
walaupun cebisannye adik dapat rasakan
tapi itu belum
cukup bagi adik .
Adik rasa bukan itu saja
yang abah rasakan , adik percaya
labih dari itu kan ?
Abah andai sakit yang abah rasakan selama ini
dapat digantikan pada adik
biarlah adik yang menanggung segala
kesakitan yang pernah abah rasakan
tapi itu semua suratan takdir abah .
Mungkin tuhan sudah tuliskan
adik akan kehilangan abah dengan cara
macam tuh .
Abah sejak abah pergi hidup adik kosong
walaupun mak ada disisi
tapi hidup adik ibarat adik
kehilangan sebelah kaki .
Hidup adik ibarat burung yang patah
sayap .
Sejak daripada abah pergi kehidupan adik
diselubungi kesedihan ,
adik tidak mampu menahan airmata dari terus
mengalir .
Abah maafkan adik !