AkuDiaDanKenangan

Rabu, 30 Januari 2013

Masih segar dalam ingatan .


(nielah saat terakhir kami membawa abah bercuti 
di melaka)




21/11/2012
Harinie hari lahir tunang tersayang dan harinie juga hari 
pertama first aku start bekerja .
Hari first bekerja mestilah nak 
tunjukkan kedatangan bersihkan
jadi aku pun tergesa-gesa pergi kerja 
pagi tu sebab aku tahu aku dah terlewat 5minit .
Jadi seperti kebiasaannya dari sejak sekolah rendah sampailah
ke alam pekerjaan setiap kali bila nak ke mana-mana
pekara first yang aku buat adalah 
bersalaman dengan mak dan abah sebelum keluar rumah 
tapi pagi tu aku hanya salam dengan mak 
dan terus keluar .
Sampai saja dibawa hati mula berdegup kencang ,
selalunya bila hari first kerja siapa yang 
tak happy kan tapi
harituh rasa berlainan sangat , bukan kata happy
tapi rasa gelisah dan rasa tak kena .
Tapi nak sedapkan hati , cakap dengan hati 
mungkin nielah keadaan orang selepas kena rompakkan 
dan selepas kena rompak
inilah baru aku beranikan diri
 melangkah ke alam pekerjaan semula  .
Mungkin macam inilah rasanya kan ?
Jadi aku pun terus pergi kerja ,
kebetulan haritu tunang aku 
 yang hantar ,  
al maklum lah dia kerja masuk tengahari jadi 
alang-alang dia nak balik office 
dia tolong hantarkan .
Sesampai saja aku di hadapan pintu tempat aku
bekerja  
tiba-tiba dengar pulak bunyi ambulans , 
sekali lagi hati aku berdegup 
bagaikan ada sesuatu yang akan berlaku .
Tapi aku abaikan perasaan itu dan terus buat kerja tanpa 
melayan fikiran tadi .
Tengah asyik bekerja 
sampai tak sedar dah tengahari .
Sementara nak tunggu time rehat 
aku saja sebuk-sebukkan diri
mengambil kerja orang lain 
untuk disiapkan .
Dalam kesibukan buat kerja tu tiba-tiba muncul abang , kakak , mak 
dan abah .
Time tuh tak dapat nak layan dorang sangat 
maklumlah kitakan bekerja 
makan gaji je jadi tak boleh nak layan mereka 
sesuka hati .
Tiba-tiba abah datang menghanpiri aku , 
kau ada duit ke ?
Kalau tak ada mintak dengan abang chik .
(Kebetulan abang aku yang pegang duit tame tu
maklum la baru dapat duit anak-anak peneroka)
Ada lagi bah , tak apalah
ada lagi untuk adik belanja harinie .
Kau rehat pukul berapa ? 
Kau dah makan ke ?
Kalau belum jom lah makan sekali
kami nak pergi makan .
Ehh adik rehat kejap lagi . 
Mana boleh keluar lagi sekarang nie .
Tak apalah abah pergi jela ikut dorang makan dulu
nanti rehat adik makan lah dengan 
akie .
Abah pun berlalu pergi meninggalkan aku .
Dalam 2jam selepas itu 
aku pun keluar rehat .
Dalam hati alang-alang aku dah keluar rehat
nak pulak sorang lagipun dah  
pukul 1 nie baik aku ajak 
tunangku makan sekali
lagipun aku sorang .
Jadi aku pun telefon 
tunangku untuk 
ajak rehat sekali .
Dalam 20minit lepas tu 
tunangku sampai . 
Aku pun bangun untuk mengambil makanan .
Setelah selesai aku mengambil makanan 
aku kembali ke meja 
dan duduk menunggu giliran tunangku
pula mengambil makanan .
Setelah 15minit menunggu
tunangku 
mengambil makanan 
dia kembali semula ke meja .
Tak sampai 5minit pun tunangku
duduk 
telefon dia berbunyi .
Dengan pantas dia mengeluarkan
telefon yang berada dalam kocek seluar dan 
melihat nama yang tertera
di skrin telefonnya dan dia menunjukkan
pada aku nama yang tertera itu .
Dengan rasa tak sedap hati aku
merampas telefon pada tangannya 
dan terus menjawab panggilan
dari akak aku .
Adik zaki mana ?
Ada , kenapa ?
Adik suruh zaki datang abah pengsan 
abah dah tak sedar 
tiba-tiba je nie .
tak ada orang kat umah .
.Dengar sahaja akak aku bagitahu abah pengsan , abah da tak sedar 
tanpa menjamah sedikit pun makanan 
aku dan tunangku melangkah meninggalkan restoran itu 
dan bergegas menuju ke kereta .
Dalam 25minit 
 akhir kami sampai di bawa rumah 
(almaklumlah rumah akak aku sorang nie duduk
kuartes).
Aku lihat disitu abang dan abang iparku sedang menunggu
ambulans sampai .
Tanpa menunggu lagi aku dan tunang 
bergegas menuju ke pintu lif untuk 
naik ke atas .
Sampai saja lif ditingkat 3 
pintu pun terbuka dan kami terus berlari-lari masuk ke dalam rumah .
Ketika aku sedang masuk ke dalam 
aku lihat abah sedang duduk diatas kerusi 
sambil mengerang dan matanya sudah tertutup rapat .
Ya allah apa dah jadi nie ?
macam mana boleh jadi macam nie ?
mula-nula kenapa ?
itulah soalan yang keluar dari mulut aku ketika itu .
mak dan akak sampai dah tak boleh nak menjawab 
soalan aku .
Aku memicit-micit kaki dan tangan abah ketika itu .
Dalam hati ini hanya tuhan saja yang tahu .
Sudah bermacam-macam  soalan
bermain di dalam kepala ini .
Doa tak payah cakap la 
semua doa aku baca untuk abah 
sembuh kembali .
Selama 20minit kami menunggu ambulans diatas 
akhirnya staff hospital 
sampai bersama troli katil .
Salah seorang staff hospital memanggil-manggil 
abahku ketika itu .
pakcik pakcik pakcik .
Sebanyak 3kali dia memanggil 
abah tetap macam tuh 
tidak juga abah menyahut panggilan itu .
bila dia sedar abah tidak menyahut panggilannya 
dia pun terus mengangkat abah 
dan membaringkan abah 
diatas troli katil hospital dan terus membawa abah ke ambulans .
Sampai saja di bawa aku , tunang , mak dan akakku terus 
menuju ke kereta dan terus masuk ke dalam 
perut kereta untuk mengikut ambulans yang membawa abah
ke hospital putrajaya .
(nasib baik rumah akak
tak jauh dari hospital)
Aku ketika itu dengan linangan airmata 
berdoa untuk abah .
Ya allah janganlah kau apa-apakan abah aku ya allah
kau sembuhkanlah penyakit yang abah 
sedang alami ketika ini ya allah .
janganlah kau ambik abah aku .
kau selamatkanlah dia ya allah .
Kaki dan badan aku menggeletar 
kaki aku ketika itu longlai .
lemah tak bermaya .
Dalam 15minit 
akhirnya kami sampai di zon merah
wad kecemasan .
Berhenti saja kereta 
aku dan yang lain terus menuju 
ke ambulans yang membawa
abah tadi di hadapan pintu zon merah .
Aku mengikut staff dan doktor 
membawa troli abah ke dalam wad icu .
Sampai sahaja di
wad icu 
aku terpaksa menunggu diluar 
kerana hanya staff sahaja .
Sekali lagi aku berdoa 
Supaya abah dapat diselamatkan .
Aku mak dan akak terpaksa tunggu diluar 
sampailah doktor memanggil mak masuk ke dalam
untuk memberitahu 
keadaan abah .
Doktor tanyakan bermacam-macam 
soalan tentang abahku .
Mak tanpa berselindung
dan doktor memberitahu
kemungkinan besar pihak hospital
akan membawa abah ke hospital serdang
untuk scan kepala abah .
Dan doktor kata kemungkinan besar 
ada pendarahan dalam kepala abah .
Ya allah , kenapa begitu teruk
ujian yang kau turunkan kepada abah ?
kenapa abah yang harus alami 
semua itu .
kenapa berat kesakitan yang abah perlu alami .
Itulah yang sedang berlegar-legar dalam hati aku 
ketika doktor beritahu
tentang keadaan abah .
Dalam 30minit selepas itu kami 
menunggu doktor membawa 
troli abah keluar dari wad icu 
untuk membawa abah ke hospital serdang .
Aku , mak , akak , tunangku dan abang iparku
menuju ke ambulans yang nak membawa 
abah ke hospital serdang .
Doktor kenapa dengan abah saya ?
doktor abah saya sakit apa ?
Itulah soalan yang aku ajukan kepada doktor 
yang merawat abahku .
Sedangkan aku sendiri dah dengar 
penjelasan doktor tadi tapi 
soalan itu seperti tidak dapat aku menerima .
Kerana disini tiada peralatan
untuk scan jadi
kami terpaksa membawa abah 
awak ke hospital serdang 
untuk scan kepala .
Dari rawatan kami 
kemungkinan besar abah awak 
mengalami pendarahan 
dalam kepala .
Kerana darah tinggi yang abah awak alami
selama ini dah merebak ke otak .
Sebab sewaktu kami menerima pesakit ini 
darah tingginya naik 
mencecah 200 .
Dan sekarang kami nak
scan untuk mendapatkan kepastian .
Dan nanti kami datang balik .
Doakan je untuk dia .
Kami jalankan tanggungjawab kami
hidup atau mati itu kerja tuhan .
kita doakan saja untuk dia .
Bersabarnya dik .
(nielah keadaan abah ketika doktor nak bawa abah
ke hospital serdang untuk scan kepala)

Selepas ambulans berlalu pergi 
aku dan yang lain pulang kerumah 
kerana ingin menukar pakaian .
Selesai menukar pakaian 
kami bergerak semula menuju ke hospital .
Sesampai sahaja dihospital 
kebetulan ambulans yang membawa abah 
ke hospital serdang tadi 
sampai di hadapan zon merah .
Aku lihat abah masih macam tu lagi ,
terbujur kaku .
Sekali lagi badan menggelatar ,
lemah tuh tak payah cakap lah 
dari tadi tak hilang-hilang .
Tak sampai 5minit doktor yang membawa abah tadi
memanggil mak masuk ke biliknya .
Kalinie tunangku yang membawa mak masuk 
kerana aku dah tak boleh nak melangkah kaki lagi .
Kalinie doktor memberi jawapan yang pasti  .
Selama 60minit mak kat dalam akhirnya mak 
keluar bersama tunangku .
Apa lagi soalan aku mulalah . 
Macam polis dah ...
Mak doktor cakap ape ?
abah sakit apa ?
keadaan abah macam mana ?
doktor kata abah ada pendarahan yang teruk 
kat kepala .
tadi doktor scan 
doktor dapati saluran darah abah 
dah pecah dan dah merebak
 sampai ke otak .
Doktor suruh kita banyak bersabar 
harapan untuk abah hidup sangat tipis .
Sabar jela ,
kalau tuhan dah sayangkan dia
kita redha jela tuhan ambik abah .
Doktor tak boleh nak buat apa-apa dah .
Nak buat pembedahan pun 
abah bukan ada ketumbuhan .
Kalau doktor buat pembedahan sekali pun 
tak guna . 
Sabar jela ye 
kita doakan untuk abah .
Dengar saja mak cakap macam tu 
aku mula rasa resah , gelisah .
Patutlah sebelum nie abah mangadu sakit kepala 
abah pening kepala .
Abah rasa nak pitam .
Rupanya saluran darah abah dah pecah .
Patut lah selama nie pada tangan abah 
macam ada lebam 
bila ditanya abah sendiri pun tak tahu .
Kalau kena apa-apa mesti jadi lebam .
Rupanya dah lama pecah dalam badan abah .
mungkin kalinie yang teramat teruk .
Ya allah kenapa bila dah teruk baru kami semua tahu ?
kenapa ?
Semasa sihat abah takut nak pergi hospital .
Abah selalu mengelak bila kami anak-anak ajak abah pergi check 
pergi buat rawatan .
Abah kata tak apa nie sikit je ,
nanti makan ubat hilang lah .
Abah takut sangat nak pergi klinik .
SIKIT , yang abah kata itulah yang teruk sekarang nie .
Ya allah dugaan apakah yang kau berikan pada kami ini ??
Aku menyesal , menyesal sebab tak pernah tahu abah sakit apa .
Dulu semasa aku darjah 2 abah pernah juga terlantar di hospital
tengku ampun afzan kuantan .
Time tuh aku masih lagi tak mengerti 
aku tertanya-tanya 
kenapa dan mengapa abah terbujur macam tu je .
Hari demi hari abah macam tu juga .
Abah berperang dengan sakit selama 12 bulan .
Macam-macam dah doktor lakukan .
Doktor buat pembedahan abah tetap macam tuh .
Mak jaga abah dengan penuh kesabaran .
seminggu , 2minggu abah macam tuh jugak .
Sampailah satu masa abah sedar dari koma .
Alhamdullilah 
Tuhan masih lagi beri abah peluang untuk hidup 
bersama kami .
Umur abah masih panjang
walaupun abah bertarung dengan maut katika itu .
Aku bersyukur sangat sebab abah masih boleh tersenyum
dan aku bole lihat senyuman abah seperti biasa .
Lama juga abah terlantar menahan kesakitan .
Akhirnya abah sembuh dari sakit , 
abah sihat sampai lah dia rebah kali kedua nie .
itu lah pertama kali abah pergi hospital dan nielah kali terakhir abah
berada dihospital .
selama dia sihat dia tak pernah pergi hospital .
Bila sakit dia mesti bertahan dengan ubat .
Abah ada penyakit gaot
sampai suatu hari abah jatuh moto 
sebulan abah terbaring kat rumah 
tak boleh nak buat apa-apa .
Kaki abah bengkak , nak berjalan
terpaksa pakai tongkat .
Kesian kat abah .
Abah tempuhi dugaan sangat besar 
ujian yang tuhan berikan pada abah 
sikit pun tak mengugatkan keimanan abah .
Walau dalam sakit sekali pun abah tetap bersembahyang .
Puasa abah tak pernah tinggal .
Abah seorang yang penyabar ,
seorang yang pendiam ,
tak pernah sekali pun abah meninggi suara pada kami 
abah tak pernah pukul kami 
abah tak pernah marakan kami anak-anaknya .
Apa saja yang kami lakukan abah diam saja 
abah tak pernah bandingkan kami adik beradik 
abah sentiasa sokong kami 
abah sentiasa bantu kami 
abah sentiasa tunaikan janjinya pada kami 
walaupun permintaan 
kami amat sukar tapi abah tetap tunaikan .
Abah sangat-sangat seronok kalau 
dengar anak-anaknya 
nak mendirikan rumah tangga 
abah lah orang yang paling happy .
Sampaikan sanggup tebang pokok untuk simpan
kayu api .
Abah suka tolong orang .
Kalo kat kampung ade kanduri kahwin 
mesti abah orang pertama yang akan sampai 
untuk menolong .
Itulah abah , kalo bab orang susah nie dia 
memang suka tolong .
Dia tak sombong .
Kerana sikap baik dia semua orang senang 
berkawan dengan dia .
Dia tak pernah mengata orang malah 
caci maki orang pun jauh sekali .
Abah seorang yang penyayangi 
abah tak pernah pilih kasih .
Kalo sorang dapat insyallh semua mesti 
dapat walaupun lambat .

(berbalik pada keadaan abah tadi)
Setelah 3 4jam abah terbaring 
akhirnya doktor memanggil mak .
Mak masuk ke dalam bersama abang iparku .
Setelah 20minit 
mak keluar bersama berita yang doktor berikan .
Mak cakap abah macam tuh gak 
tak ada tindak balas .
Doktor kata abah sebenar bergantung pada mesin penafasan ,
seandainya pihak hospital tanggalkan mesin tuh abah hanya bole 
bertahan dalam jangka masa 15minit @ 20minit je .
Mengikut pengalaman yang pernah doktor 
lakukan sebelum ini
seandainya pesakit tu kuat melawan 
dia akan bertahan dalam tempoh 2 3hari 
tapi kadang-kadang boleh bertahan 15minit hingga ke 40minit .
Setelah kami berbincang adik beradik 
kami mintak doktor tangguhkan lagi 
sebab abang aku yang sulung belum 
sampai ke malaysia .
Kebetulan 
abangku pulang ke medan 
bersama familynye .
Hari kepulangan abangku di malaysia 
abahku jadi begini .
Kami betul-betul tak sangka 
nak jadi macam nie .
Kami ke kuala lumpur untuk mengabiskan 
masa cuti sekolah disana .
Kebetulan kami semua ada 
berkumpul 
di rumah kakakku diputrajaya .
Pagi pada hari kejadian tuh 
abah elok sangat 
bergurau senda bersama 
kami semua 
bersama cucunya .
Menurut kata kakakku 
sebelum kejadian 
abah mengadu rasa sakit 
kepala dan nak pitam .
sesampai saja dirumah 
abah terus rebah .
Kebetulan pagi tuh abang dan akakku 
membawa abah ke pasar .
balik dari pasar abah terus kena macam tuh .
Mak cakap abah sempat beli ikan dipasar .
Abah beli ikan merah dan dia sendiri 
yang menyuruh pekerja di situ 
menyiang ikan yang di beli .
Kuasa tuhan kan ?
Sesampai saja abang sulungku dihospital 
dia terus menuju ke wad icu .
Aku tahu dia terkilan ,
sebab sebelum dia berangkat ke medan 
abah sempat hantarnya ke airport 
abah elok 
abah sihat 
dia boleh lihat senyuman abah
wajah abah 
tapi sesampainya dia di malaysia 
dia sangka dia dapat lihat lagi abah tersenyum
dan menyambut ketibaan dia di airport tapi
lain pula yang terjadi . 
Dia terpaksa terima kenyataan 
abah tak seperti yang di sangkakan .
dia terpaksa melihat abah terbujur kaku 
di katil .
Inilah dugaan hebat dari yang maha pencipta .
Bila adik beradik aku semua sudah berkumpul 
doktor membuka mesin dan wayar-wayar yang ada .
Dan doktor pun telah memindahkan abah ke wad biasa .
Wad 4A tingkah 4 .
Bila selesai staff membawa troli katil yang abah baring 
ketingkat atas , 
kami semua menuju ke bilik di mana abah diletakkan tadi .
Tanpa membuang masa kami adik beradik 
saudara mara yang ada di situ 
mengambil kesempatan 
membaca yasin 
meminta
agar
tuhan 
sembuhkan abah 
dan kembali 
seperti biasa .
Tapi apa yang kami harapkan semuanya hampa .
Selepas kami membaca yasin selama beberapa minit sahaja
mesin oksigen yang abah pakai berhenti 
denyutan jantung abah pada mesin tadi pun telah berhenti .
kami semua bergegas memanggil doktor 
untuk memeriksa mesin tersebut .
Setelah doktor memeriksa 
doktor sahkan abah meninggal dunia .
Tepat pukul 2.30 pagi
22/11/2012 abah menghenbuskan nafas 
terakhirnya dihospital 
putrajaya .
Ya allah berat sungguh dugaan yang kau berikan pada aku .
berat sungguh ujian yang kau turunkan pada aku .
kenapa aku yang harus alami semua ini ?
kenapa begitu cepat kau mengambil abah pergi ?
begitu awal .
Belum sempat aku menikmati kasihsayangnya 
belum puas aku melihat gelak tawanya 
gurau sendanya 
masih belum puas aku memanggil 
seorang insan yang mulia dan 
yang amat aku sayangi itu dengan 
panggilan "ABAH" . Ya allah 
aku sudah tidak kuat lagi untuk tempuhi 
perpisahan ini ya allah .
3 tahun aku tempuhi ujian yang hebat darimu ya allah .
Itulah yang terkeluar dari mulut aku ketika itu .
sungguh aku sudah tidak kuat lagi  untuk tempuhi semua ini .
Pada tahun 2010 
aku terpakse terima kenyataan atuk aku pergi 
seingat aku lepas itu dugaan 
sudah berhenti tapi
pada tahun 2011 
pakcik aku pula pergi tinggalkan kami .
Kini 2012 abahku pula meninggal dunia .
belum terubat dan sembuh kesedihan dihati 
ditambah pula .
Pada tahun 2011 sebelum arwah pakcikku meninggal dunia
aku dikejutkan dengan berita 
bekas kekasih aku telah meninggal dunia 
akibat kemalangan jalan raya .
lagi lah aku jadi fobia .
Dunia aku gelap sekarang ini .
Aku hidup bagaikan tidak berguna lagi .
Setiap perjalanan hidup aku kini 
KOSONG .
Masa depan aku gelap .
semangat aku
keyakinan aku pergi bersama 
abahku .
matlamat aku untuk teruskan kehidupan ini
tiada makna .
Selesai saja pihak hospital memandakan dan mengafankan 
jenazah 
kamipun bertolak pulang ke kampung 
untuk mengebumikan jenazah .
Setelah 4jam dijalanan kami sampai di masjid 
yang berhampiran dengan 
rumah nenekku .
Setibanya di masjid 
ramai sungguh sanak saudara
yang sedang menunggu .
Setelah tok imam selesai solat jenazah 
tok imam membenarkan sanak saudara 
melihat untuk kali terkahir .
Selepas itu kami 
semua pun bergerak 
ketanah perkuburan .
22/11/2012 tertanam sudah jasad abah 
di tanah perkuburan kuala pontian .
Pusara abah dekat dengan 
pusara arwah atok dan arwah pakcikku .
Kini kami jadi anak yatim .
Kini kami tak akan pernah lagi melihat senyuman ,
gelak tawa , gurau senda abah lagi .
Hidup kami sunyi tanpa abah .
Sehingga kini kami masih rindukan abah .
Walaupun sudah 2bulan abah pergi tinggalkan kami
tapi kami masih terasa seperti baru 
semalam abah pergi tinggalkan kami . 
Ya allah , kau lindungilah abahku
kau tempatkanlah abah dikalangan 
orang-orang yang beriman 
kau ampunkanlah segala dosa yang pernah abah lakukan 
selama dia didunia .
Janganlah kau seksakan abah .
cukuplah selama hayatnya dia terseksa didunia .
Kau berikanlah kesihatan dan kesenangan dia disana .

Abah ampunkanlah segala dosa-dosa adik
kau ampunilah dosa anak-anakmu 
halalkan makan minum
adik selama ini .
kau restulah apa yang kami lakukan didunia ini .
Abah terima kasih kerana menjaga 
mendidik
dan membesarkan kami dari kecil sehinggalah 
sekarang .
Abah terima kasih atas kasihsayangmu selama hayatmu 
Abah kau halalkan makan minum anak-anakmu dan isterimu .
Abah terima kasih kerana abah tinggalkan kami dengan kesenangan .
Abah terima kasih kerana kau tinggalkan kami permaisurimu yang mulia 
yang kami panggil MAK .
Terima kasih abah atas segalanya .
Adik sayang abah 











Ahad, 27 Januari 2013

HAPPY NEW YEARS

Tahun yang dulunya aku tunggu-tunggukan .
Tapi sudah tidak bermakna lagi dalam hidup ini , 
walauapapun azam tetap sudah terpahat 
dari awal-awal lagi .
Cuma pada friend blogger yang mungkin menunggu-nunggu 
apakah azam ema tahun nie ema mintak maaf sangat 
sebab dah terlalu lewat ema update 
story kat dalam nie .
Ema memang betul-betul sibuk saat 
kehadiran new years 2013 menjelma .
Nak pulak time tuh 
ema tengah sedih diatas kehilangan 
my father pada 22.11.2012 tahun lalu jadi ema 
tak ada semangat nak 
update blog "HAPPY NEW YEARS" .
Alhamdullilah tuhan berikan kekuatan dan ketabahan 
untuk ema teruskan kehidupan jadi
ema dah boleh update blog "happy new years"
walaupun dah akhir bulan (^_^) .
Mesti azam korang semua best kan ?
Mesti dah ada yang dah tercapai azam tahun 2013 kan ?
alhamdullilah lah kalau dah ada yang dah tercapai .
Tapi tau kalau sebut pasal azam nie ,
mesti ramai yang buat azam yang 
jarang sekali didengar ( yang pelik-pelik tapi logik di akal )
tapi best .
Wahhh , tak sabar nak share dengan blogger semua 
azam-azam korang .
Oke azam ema tahun nie kan 
lain sikit lah dari azam sebelumnya .
Tapi alhamdulillah azam tahun 2012 sudah pun 
tercapai .
Azam untuk tahun 2012 
ema kan nak jadi tunang orang 
alhamdulillah dah pun dimakbulkan oleh tuhan 
dan sekarang nie azam 
tahun 2013 nak jadi yang terbaik tuh sudah pastilah kan ?
Semua orang pun akan tanamkan azam tuh yang first-first kan ?
Al maklumlah dah nak jadi isteri orang so azam ema 

* Nak jadi seorang yang memahami 
* Nak lakukan sesuatu dengan berfikir terlebih dahulu 
* Nak sentiasa berprasangka yang baik-baik terhadap orang sekeliling
* Nak belajar dari pengalaman untuk jadi yang lebih matang 
dan ema akan tetap berazam untuk teruskan memendam perasan dan tak akan 
luahkan apa sahaja yang ema hadapi pada sesiapa terutama buah hati ema . 
Hope semuanya akan dapat ema capai seperti tahun 2012 .
Walaupun kehidupan selepas ini tidak seperti dahulu .
Ema hope friend-friend blogger ema doakan yang terbaik untuk ema dan 
ema akan doakan untuk kalian juga . (^_*) 

Rindu Tidak Terluah ....

Abah adik rindukan abah .
Adik rasa sunyi sangat
sejak abah tiada .
hidup adik kosong ,
rasa dah tak ada yang istimewa
untuk adik teruskan lagi .
rasa dah tiada yang
bermakne untuk adik
berada disini lagi .
Abah sejak abah tiada
adik dah tak sekuat dahulu
adik selalu tercari-cari
kelibat abah .
Abah andai adik masih
tidak di pinang oleh sesiapa
lagi adik taknak
melangkah , tak sanggup nak melangkah
ke jinjang pelamin .
Adik tak mampu nak ke situ lagi .
Tapi apakan daya adik
semuanya terpaksa adik lalui
tanpa abah lagi .
Terima kasih abah kerana
tinggalkan kami kesenangan
tapi itu semua tidak bermakna
bagi adik .
Ape guna ada semua itu
sekiranya abah tidak
ada bersama-sama kami
dalam kesenangan ini .
Bagi adik jalan kehidupan 
yang adik lalui sekarang 
ini gelap 
tiada cahaya lagi .
Sejak abah tiada 
hilang segala tempat adik bergantung 
harap dan hilang tempat adik bermanja 
bergurau senda . 
Abah sejak abah pergi 
adik tak mampu lagi untuk ukirkan 
senyuman yang bermakna 
tak mampu lagi 
nak ketawa kegembiraan .
Abah insyallah bulan 11 nanti 
adik nak nikah 
alangkah seronoknya kalau
abah ada disisi adik
saat akad nikah dijalankan .
Tidak dapat adik gambarkan 
kegembiraan yang terpancar diwajah abah
saat itu ,
tapi semua itu hanya mampi
yang terpaksa adik tempuhi .
Walaupun  amat pahit untuk adik
jalani .
Abah adik mintak maaf 
kerana adik terpaksa lakukan semua ini .
Sebenarnya adik memang sudah tidak mampu
lagi untuk jalani semua ini .
Tapi adik lakukan ini kerana janji adik
pada abah suatu ketika dahulu .
Adik mintak ampun !