AkuDiaDanKenangan

Ahad, 27 Januari 2013

Rindu Tidak Terluah ....

Abah adik rindukan abah .
Adik rasa sunyi sangat
sejak abah tiada .
hidup adik kosong ,
rasa dah tak ada yang istimewa
untuk adik teruskan lagi .
rasa dah tiada yang
bermakne untuk adik
berada disini lagi .
Abah sejak abah tiada
adik dah tak sekuat dahulu
adik selalu tercari-cari
kelibat abah .
Abah andai adik masih
tidak di pinang oleh sesiapa
lagi adik taknak
melangkah , tak sanggup nak melangkah
ke jinjang pelamin .
Adik tak mampu nak ke situ lagi .
Tapi apakan daya adik
semuanya terpaksa adik lalui
tanpa abah lagi .
Terima kasih abah kerana
tinggalkan kami kesenangan
tapi itu semua tidak bermakna
bagi adik .
Ape guna ada semua itu
sekiranya abah tidak
ada bersama-sama kami
dalam kesenangan ini .
Bagi adik jalan kehidupan 
yang adik lalui sekarang 
ini gelap 
tiada cahaya lagi .
Sejak abah tiada 
hilang segala tempat adik bergantung 
harap dan hilang tempat adik bermanja 
bergurau senda . 
Abah sejak abah pergi 
adik tak mampu lagi untuk ukirkan 
senyuman yang bermakna 
tak mampu lagi 
nak ketawa kegembiraan .
Abah insyallah bulan 11 nanti 
adik nak nikah 
alangkah seronoknya kalau
abah ada disisi adik
saat akad nikah dijalankan .
Tidak dapat adik gambarkan 
kegembiraan yang terpancar diwajah abah
saat itu ,
tapi semua itu hanya mampi
yang terpaksa adik tempuhi .
Walaupun  amat pahit untuk adik
jalani .
Abah adik mintak maaf 
kerana adik terpaksa lakukan semua ini .
Sebenarnya adik memang sudah tidak mampu
lagi untuk jalani semua ini .
Tapi adik lakukan ini kerana janji adik
pada abah suatu ketika dahulu .
Adik mintak ampun ! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan