AkuDiaDanKenangan

Isnin, 2 Disember 2013

Kini ku jalani hidup baru

Alhmdlh dengan izin yang maha esa kini 23 november 2013 sah aku bergelar seorang isteri dengan hanya sekali lafaz.
Bermula pada ketika ini aku jalani hidup bersama seorang suami dengan memikul tanggangjawab yang memang begitu sukar.
Aku begitu bahagia ketika ini dengan hadirnye seorang insan yang bergelar suami.Dia seorang suami yang begitu sempurna,penyayang & penyabar.
Telah banyak yang dia korbankan untuk diri ini.
Telah banyak dugaan dan rintangan yang telah kami lalui sepanjang usia setahun pertunangan & 5 tahun perkenalan kami.
Aku rasa dialah pilihan terakhirku,
dan aku tidak silap kerana memilihnya menjadi seorang suami yang akan berkongsi segala-galanya dengan aku.
Dialah insan terakhir dalam hidupku wlaupun dia bukan yang pertama tapi akan aku pastikan dialah insan yang terakhir...
Tak akan ada insan lain untuk menggantikan tempatnya dan tiada insan lain yang mampu membuat diri ini sebahagia begini.
Dia telah banyak menahan sabar dengan kerenah aku selama perkenalan kami...terima kasih ya allah kerana kau hadirkan anugerah yang begitu sempurna dan insan yang begitu baik.
Aku bersyukur ke atas ilahi kerana dapat memiliki kasihsayangnya.


































Kini kami akan jalani hidup di alam baru,alam berumahtangga yang penuh dengan ujian dan dugaan darinya..
Ya allah kau kuatkanlah iman kami agar kami dapat menempuh segala ujian dan dugaanmuSekarang aku sangat bahagia hidup bersamanya dan aku berdoa agar kebahagiaan ini akan kekal hingga ke syurga.Alhamdllh semua majlis telah pun selesai..terima kasih ya allah..Kini tercapai sudah azam aku untuk tahun ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan