AkuDiaDanKenangan

Rabu, 28 November 2012

Abah dalam kenangan

Harinie 22 november 2012
pukul 2 setengah pagi di hospital
putrajaya abah menghembuskan
nafas terakhir .
Selama 65 tahun dan selama 19 tahun abah bersama
aku kini abah tiada lagi .
Tidak aku sangka 21 november 2012 itu lah hari terakhir aku lihat wajah
dan senyuman abah dalam kehidupan aku .
Selepas ini senyuman dan wajah itu tidak lagi dapat aku lihat
seperti selalu .
Ya allah
mimpi ke aku ?
betul ke ape yang aku dengar ?
rasa menggeletar rasa seluruh tubuh badan
aku bila dengar penyakit yang abah alami
selama ini ?
Sihat yang aku lihat rupanya
abah tidak sesihat , tidak sekuat yang
kami sangkakan .
Disebalik senyuman yang abah ukirkan selama ini
rupanya abah menyembunyikan
kesakitan yang tidak ade sesiapa yang dapat rasakan .
Ya allah tak sanggup aku lihat abah terbaring
bujur begini , andai dapat
penyakit yang abah alami boleh bertukar
ganti pasti aku orang pertama
yang sanggup menanggung kesakitan yang abah
alami .
Tapi apakan daya semuanya ketentuan takdir .
Aku terpaksa hadapi dan terima .
Ya allah tak sanggup
aku kehilangan abah , gelap rasa dunia
aku bila doktor sahkan abah telah pergi meninggal dunia .
Rasa seperti nak tutup telinga , taknak dengar perkataan
"ABAH DAH TAK ADA"
ya allah mimpi ke aku ?
Kenapa ? Kenapa terlalu awal dia ambik abah dari aku ?
Kini aku tidak sekuat lagi seperti dahulu , sejak abah meninggal
hidup aku gelap , sudah tidak bersemangat lagi diri ini
melangkah untuk teruskan kehidupan .
Keyakinan kini tiada lagi .
Abah adik bukan sengaja mahu abah
pergi dalam keadaan sengsara tapi
adik memang tidak dapat
menahan kesedihan dan adik tak dapat nak
menerima kenyataan yang abah
tiada dengan adik di setiap hari-hari adik .
walaupun abah kini tidak ade bersama adik
jalani kehidupan seharian
abah tetap terpahat di ingatan adik , di hati adik abah tetap yang paling baikkk .
Abah tiadak tandingannya
abah tiada galang gantinya .
Kami tetap sayangkan abah

2 ulasan:

  1. sabar kak..semoga roh abah akak berada dalam kalangan orang yang beriman.Al-fatihah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thnks yunk . tpi akk da x kuat utk teruskan kehidupan akk lagi . rse x percaya di da tiada disisi

      Padam