AkuDiaDanKenangan

Selasa, 6 November 2012

Suatu Kenangan


Harinie memori mengingati dia lagi . kenapa sukar untuk aku melupakan dia ? kenapa sukar untuk aku membuang dia dari hati  ini ? kenapa semakin aku cuba untuk melempar dia jauh dari hati ini semakin itulah bayangan wajahnya menghampiri ?  harinie sekali lagi bayangan dia datang difikiran aku . apabila aku teringat saja kat sana dia mesti akan hadir dalam ingatan aku ? berdosakah aku menyimpan perasaan sayang dan kasih pada suami orang ? kejam ke aku mengkhianati cinta insan yang menyayangiku ? tapi itulah kenyataannya , aku tidak mampu untuk membuang dia dari fikiran aku , aku tak mampu untuk melupakan dirinya walaupun aku tahu dia sudah beristeri dan aku sudah pun ade pengganti  . aku tidak mampu untuk melawan takdir , aku tak mampu untuk membohongi diri  ini lagi . sejujurnya setiap masa , detik dan saat kasihsayangnya dan cintanya tetap aku tagihkan lagi . sejak dari hari terakhir yang mengutuskan yang aku perlu hidup tanpa dia memang teramat sukar untuk aku lalui  . apatah lagi untuk jalani hari-hari yang mendatang tanpa dia di sisi  . aku tidak bisa . dari sejak itu sehingga lah sekarang aku akui aku tidak dapat untuk membuang dia , melupakan dia dari hati ini . masih terasa kosong dihati ini bila mengenangkan saat bersama dia . aku kena terima hakikat yang dia bukan milikku lagi . aku harus melawan takdir yang sekarang dia sudah pun berumah tangga . itu sudah cukup memberikan kebahagiaan kepada aku juga . walaupun kebahagiaan yang dia  jalani sekarang ini disebalik airmataku tapi aku tetap doakan ikatan perkhawinannya kekal sehingga ke  akhir hayatnya dan aku tetap doakan dia bahagia . kerana setiap kebahagiaan dia terselit kebahagiaan aku disitu . tak apalah aku redha , aku pasrah dengan takdir yang dah tertulis .mungkin ape yang dah terjadi ade hikmahnya . aku perlu bersabar , tabah dan redha dengan semua yang terjadi dan sekarang aku kena belajar melupakan dia dari kehidupan aku  . Ya allah kau kuatkanlah hati ini kau berikanlah ketabahan pada aku , sesungguhnya hanya kau saja yang tahu apa yang sudah  tertulis untuk  aku . andai dia bukan jodohku lagi jauhkanlah nama dan dirinya dari kehidupan aku dan andai dia jodohku  tunjukkanlah rahmatnya untuk kami . Ya allah kau ampunkanlah aku sekiranya ape yang aku lakukan ini adalah satu dosa , kau ampunkanlah aku kerana telah mengkhianati cinta tunangku , kau ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu melupakan dia dari fikiranku . Ya allah kau temukanlah aku dengan insan yang lebih baik darinya . amin yarobbal alamin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan