AkuDiaDanKenangan

Jumaat, 22 Februari 2013

Nilah dia Bodyguard aku













Hari ini 21 Februari 2013 , dah genap 3 tahun hubungan yang aku bina bersama encik tunang tersayang .
Sudah pelbagai ujian dan dugaan yang telah aku tempuhi sepanjang mengenali dirinya . 
Semua yang ada dalam diri dia , perangai dia dan sikap dia sudah pun dapat aku baca .
Tidak kiralah dalam apa jua keadaan yang dia alami pasti dapat aku teka .
Bukan senang nak memahami dan membaca sikap seseorang lelaki ni , kadang-kadang 
memakan masa yang agak lama . kadang-kadang ade yang sesetengah lelaki ni cepat menunjukkan 
sikap sebenar mereka . Tapi alhamdulillah encik tunang aku ni bukan seorang yang suka mengambil kesempatan . Sepanjang perkenalan kami dia tidak pernah sesekali meninggi suara , menaikkan tangan dan mengeluh dengan sikap dan perangai aku . Aku bersyukur sangat sebab tuhan ketemukan aku dengan insan seperti dia . Walaupun dari pandangan kasar mata sesetengah pihak atau orang sekeliling aku banyak yang mengatakan aku dengan dia tidak sepadan . Haa tak sepadan ? Kadang-kadang tu aku sendiri tanya pada mereka-mereka yang mengatakan macam tu pada aku , dorang cakap sebab encik tunang aku ni orangnye tinggi , tinggi sesangat , 1 pekara lagi dia ni umurnya jauh jaraknya dari aku . Tak silap aku jarak umur kami 7tahun . Lagi 1 wajahnya agak mature dari aku . Kadang-kadang tu bila kami berjalan bergandingan orang tak sangka aku ni tunangnya , sebab keadaan fizikal dia jauh lebih berbeza dari aku . Al maklum lah aku ni masih lagi muda dan badan aku pulak terlalu kecil berbanding dia yang mempunyai badan yang agak tegap dan besar sedikit saiznya . Kalau mengikut rakan-rakan yang sebaya dengan aku ramai yang cakap aku ambik "LAKI ORANG" sebab mereka semua lihat luaran ! Tapi bagi aku apa yang orang sekeliling aku katanya itu bukan penghalang . Dan bukan juga sebab cinta itu buta ! Dia tidak pernah membutakan cinta yang dia berikan pada aku . Aku tak pandang dari luaran ataupun fizikalnya tapi yang aku pandang hanyalah kasihsayangnya yang betol-betol ikhlas , dia jujur , dia berani bersemuka dengan kedua ibubapa aku untuk mengambil aku sebagai permaisuri hatinya ( isteri ) . Malah apa yang ada pada diri dia tak ada pada diri lelaki-lelaki yang aku kenal sebelum dia . Yang hanya pandai berjanji sakan tapi 1 janji pun tidak pernah dikotakan . Bezanya seorang lelaki yang betul-betul ikhlas ingin menjaga kita dengan yang hanya mahukan diri kita sebagai permainan mereka ! Yang hanya mahu mengsia-siakan kita . Tapi alhamdulillah selepas saja aku mengenali dirinya dia banyak mengajar aku erti kehidupan , erti kesabaran , erti kejujuran , erti kesetiaan , erti perngorbanan dan erti menghargai . Aku harap tuhan mengizinkan hubungan yang kami bina ini keakhir hayat kami . Dan menghentikan jodoh untuk bertemu dengan sesiapa pun melainkan dirinya . Andai kata ikatan atau hubungan yang kami bina tidak direstui tuhan ( terpisah ) cukup lah hanya bersama dia aku menikmati nikmat hidup berpasangan . Dan aku akan tutup pintu hati ini untuk menerima pasangan dalam hidup aku . Kerana hanya bersama dia aku belajar macam-macam , aku kenal segala-galanya dan tak mungkin ada lagi lelaki seperti dia dalam dunia ini . Kalau ada sekali pun biarlah orang lain yang memiliki dan merasai nikmat kebahagiaan seperti aku . Aku dah tak perlukan lelaki lain lagi dalam hidup aku selain daripada dia , cukuplah atas nikmat yang telah tuhan berikan semasa aku bersama dengannya . Dia lelaki yang begitu sempurna bagi aku , dia lelaki yang terbaik yang sebelum ini tidak pernah aku jumpa . Rasanya tak patut ada pengganti dia dalam hati aku . Dia begitu sabar melayan kerenah aku yang macam kebudak-budakkan , dia seorang lelaki yang penyayangi . Mmemang tinggi darjatnya dalam hati aku ! Memang tinggi sanjungannya dalam hati aku . Kerana kasihsayang aku yakin tidak akan ada belah baginya , tidak akan ada perkongsian . Aku harap Dialah lelaki yang terakhir dalam hidup aku ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan